Wednesday, April 27, 2011

Empat Urutan Khas Belakang Badan



Urutan belakang badan membantu merehatkan keseluruhan badan. Cara urutan mestilah lembut, berterusan tanpa mengangkat tangan anda yang mengurut dari belakang pasangan yang diurut. Gunakan kedua-dua ibu jari anda untuk mengurut bahagian belakang badan yang atas bagi membantu memperbaiki masalah pernafasan. Manakala urutan di bahagian tengah belakang badan hingga ke pinggang boleh mengurangan ketidakselesaan ketika datang haid.

LANGKAH 1 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Letakkan tapak tangan anda menghadap satu sama lain di antara belakang badan pasangan yang hendak diurut. Mulakan dari bahagian atas badan. Gunakan tekanan ibu jari dengan ditambah tenaga dari badan anda untuk mendapatkan kesan urutan terbaik. Urut secara membulat bermula dari bahagian atas bahu kemudian bahagian tepi berhampiran ketiak. Ulang beberapa kali. Selepas selesai sebelah kanan bahu, teruskan dengan sebelah kiri bahu.

LANGKAH 2 :  URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Kembangkan tapak tangan anda seolah-olah membentuk corak rama-rama. Letak di bahagian pinggang. Lebihkan tekanan urutan menggunakan ibu jari. Mula dari pinggang hingga ke tengah badan. Selepas kiraan lima saat, turunkan urutan ke bawah sedikit ke aras pinggang. Teruskan urut hingga ke bahagian tengkuk. Urut kedua-dua bahagian tepi badan serentak. Terus urut hingga kembali semula ke bahagian pinggang. Ulang semula selama 10 minit. Bermula dari tulang belakang di pinggang, ke atas sampai ke tengkuk, bahagian tepi badan dan kembali ke posisi asal di pinggang.

LANGKAH 3 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Mula dari bahagian tepi pinggang. Urut dengan kedua-dua tapak tangan anda hingga ke bahagian bahu. Ulang langkah untuk bahagian sebelah pinggang yang satu lagi. Sudahkan dengan melalukan urutan langkah 1.

LANGKAH 4 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Rapatkan jari jemari anda. Letak tapak tangan anda di bahagian tengah pinggang dengan jari-jemari anda menghala ke arah bahu. Urut lembut hingga ke bahagian dada. Gerakkan tapak tangan anda ke bahagian tepi dada. Urut lembut. Mula sekali lagi tetapi dari bahagian punggung hingga ke bahagian tepi dada. Ulang langkah 1. Ulang langkah 4. Akhiri urutan anda dengan tekanan tapak tangan yang paling lembut.

Sumber: http://www.petua.org/?p=167

No comments:

Post a Comment