Monday, January 4, 2016

KHIDMAT URUTAN UNTUK LELAKI DI BALING ( 019-6342 017 ZUL)

Saya Zul Yusoff seorang pengamal terapi urutan menawarkan khidmat urutan badan kepada golongan lelaki di Baling. 



Sila Call/SMS/What'sApp 019-6342 017 .

Wednesday, April 27, 2011

80 kaedah urutan diiktiraf seluruh dunia


Dianggarkan lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia.

Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.

Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.

Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.

Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.

Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.

Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.

Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.

Info jenis urutan

Urutan Thai:

# Ia dipercayai dikembangkan oleh ahli perubatan Buddha, Jivaka Kumar Bhaccha, kira-kira lebih daripada 2,500 tahun lalu di India.

# Ia kemudian sampai ke Thailand di mana teknik dan falsafah Ayurveda yang digunakannya itu turut dipengaruhi oleh perubatan Cina.

# Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami sebagai salah satu komponen perubatan Thai.

# Urutan Thai agak lasak dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan.

# Ramai menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan diri lebih bertenaga.

# Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.

# Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam.

# Urutan ini antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tenaga serta menyeimbangi keadaan tubuh.

Urutan aromaterapi

# Sejenis urutan yang popular di spa.

# Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.

# Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.

Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut:

# Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka

# Baru menjalani pembedahan

# Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor

# Cenderung untuk mengalami masalah darah beku.

# Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).

Petua urutan:

# Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut

# Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan.

# Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu.

# Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan.

# Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar.

# Rehatkan diri ketika diurut.

# Minum selepas urutan.

# Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.

# Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa.

Empat Urutan Khas Belakang Badan



Urutan belakang badan membantu merehatkan keseluruhan badan. Cara urutan mestilah lembut, berterusan tanpa mengangkat tangan anda yang mengurut dari belakang pasangan yang diurut. Gunakan kedua-dua ibu jari anda untuk mengurut bahagian belakang badan yang atas bagi membantu memperbaiki masalah pernafasan. Manakala urutan di bahagian tengah belakang badan hingga ke pinggang boleh mengurangan ketidakselesaan ketika datang haid.

LANGKAH 1 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Letakkan tapak tangan anda menghadap satu sama lain di antara belakang badan pasangan yang hendak diurut. Mulakan dari bahagian atas badan. Gunakan tekanan ibu jari dengan ditambah tenaga dari badan anda untuk mendapatkan kesan urutan terbaik. Urut secara membulat bermula dari bahagian atas bahu kemudian bahagian tepi berhampiran ketiak. Ulang beberapa kali. Selepas selesai sebelah kanan bahu, teruskan dengan sebelah kiri bahu.

LANGKAH 2 :  URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Kembangkan tapak tangan anda seolah-olah membentuk corak rama-rama. Letak di bahagian pinggang. Lebihkan tekanan urutan menggunakan ibu jari. Mula dari pinggang hingga ke tengah badan. Selepas kiraan lima saat, turunkan urutan ke bawah sedikit ke aras pinggang. Teruskan urut hingga ke bahagian tengkuk. Urut kedua-dua bahagian tepi badan serentak. Terus urut hingga kembali semula ke bahagian pinggang. Ulang semula selama 10 minit. Bermula dari tulang belakang di pinggang, ke atas sampai ke tengkuk, bahagian tepi badan dan kembali ke posisi asal di pinggang.

LANGKAH 3 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Mula dari bahagian tepi pinggang. Urut dengan kedua-dua tapak tangan anda hingga ke bahagian bahu. Ulang langkah untuk bahagian sebelah pinggang yang satu lagi. Sudahkan dengan melalukan urutan langkah 1.

LANGKAH 4 : URUTAN KHAS BELAKANG BADAN
Rapatkan jari jemari anda. Letak tapak tangan anda di bahagian tengah pinggang dengan jari-jemari anda menghala ke arah bahu. Urut lembut hingga ke bahagian dada. Gerakkan tapak tangan anda ke bahagian tepi dada. Urut lembut. Mula sekali lagi tetapi dari bahagian punggung hingga ke bahagian tepi dada. Ulang langkah 1. Ulang langkah 4. Akhiri urutan anda dengan tekanan tapak tangan yang paling lembut.

Sumber: http://www.petua.org/?p=167

TEKNIK URUTAN BADAN


TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.


FAKTA: Faedah urutan

-Menyingkirkan lebihan toksin badan.
-Mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
-Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
-Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
-Melancarkan sistem pencernaan.
-Membentuk badan.
-Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
-Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental


INFO: Tip pemakanan meredakan tekanan:


Kekacang - Kekacang seperti kacang merah, putih dan hijau mempunyai sumber protein yang tinggi apabila diambil bersama bijirin. Selain protein, kekacang juga kaya dengan thiamin (B1). Kekurangan thiamin dikatakan sering mempamerkan nilai-nilai moral yang rendah, kekeliruan fikiran dan sering meradang.

Beras coklat dan bawang putih - Kedua-dua bahan ini mempunyai vitamin B6 yang diperlukan otak untuk membina protein dan membentuk kolagen. Beras coklat pula mempunyai sumber vitamin B.

Bayam - Kaya dengan klorofil yang membuang toksin daripada tubuh dan mengurangkan radang. Sayuran hijau kaya dengan magnesium yang berupaya menentang ‘anxiety peptide’ yang juga rangkaian asid amino di otak boleh menyebabkan rasa kebimbangan dan kerisauan.

Dadih - Sumber kalsium merendahkan kadar ritma jantung dan tekanan darah tinggi dengan mengawal saraf periferal dan otot yang mudah terangsang.

Asparagus - Kaya dengan folate untuk membantu daya ingatan dan sesuai untuk otak yang sentiasa berfikir sibuk.

Produk kacang soya - Kebanyakan produk ini kaya dengan `tryptophan' iaitu sejenis bahan utama dalam pembentukan melatonin iaitu hormon yang dihasilkan oleh otak membantu mengurangkan tekanan, menenangkan saraf bagi tidur nyenyak.

Betik - Kaya dengan vitamin C, yang membantu tubuh mengimbangkan asid amino, menukarkan asid folik kepada bentuk lebih aktif dan berfungsi membaiki tisu-tisu badan.

Aprikot kering - Kaya dengan sumber potasium dan vitamin A. Tahap vitamin A yang rendah di dalam tubuh dikatakan boleh mendorong kepada kesunggulan. Bahan mineral dikenali sebagai `magnese' pada aprikot merangsang pertumbuhan hormon-hormon seks yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan mental.

Pisang - Mengandungi melatonin yang kaya dengan potasium berupaya meredakan tekanan.

Ubi kentang - Kaya dengan potasium dan vitamin B. Tahap kandungan vitamin B rendah ada hubung kait dengan kegelisahan, tekanan, kebimbangan, meradang dan perasaan yang berubah-ubah.

Bijirin oat - Kaya dengan vitamin B yang penting kepada saraf. Terbukti dapat membantu tekanan dan kemurungan.

sumber: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/122/Teknik-urutan-badan